Wednesday, August 08, 2018

Dedaunan cinta - Mari mengait

Assalamualaikum dearies ~~
Alhamdulillah, kakya baru lepas mkn nasi ayam . sangat kenyang dan cuaca pon elok saja, sejuk. Hujan agak lebat petang tadi, alhamdulillah, segar semua tanaman . Bila tengok kat luar, dengan lampu jalan dah terpasang, cuaca  sejuk, kakya rasa macam kembali ke zaman studi dulu. Balik dari kedai terus jalan jauh melintas kelas untuk ke asrama. hehe, nak ulang balik boleh?

Ok , sebenarnya, kakya nak kongsi apa yang kakya buat sebenarnya (padahal projek amigurumi tak disiapkan) . kakya nak buat macam tanaman, tapi kakya mulakan dengan daun dulu. Idea sebab tengok gambar dari drama GOBLIN , daun maple. ye, sangat cantik daunnya. so, makin semangat lah kakaya nak  buat projek baru neh.. hihihi.


Daun neh kakya try olah sendiri setelah cuba ikut dari diagram yang orang share. kalau nak buat daun maple, cantumkan  3 helai daun yang telah siap..jadilah daun maple. tapi kakya buat kecik lagi sebab nak ikut saiz barang yang kakya akan kait selepas neh. kakya ingat sangat sukar nak kait tapi senang je. benarlah, kalau tak cuba, manakan kita tahu . Mengait neh tak susah pon dearies, try je perlan- lahan.. pasti boleh. Mulakan dengan projek yang simple dulu, baru dengan projek mega. giteww. hihi.

Insha Allah, next entri , kakya tunjuk, basic mengait. tapi tak janji tau bilanya. Mintak- mintak masa kakya ada, kakya akan update macam-macam yang bermanfaat untuk dibaca dan dicuba. oklah, rasanya, entri kali neh taklah sepanjang mana, sebab kakya nak sambung kait dulu..  jumpa di next entri ye dearies...meloveyou lah! hehehe

No comments:

Post a Comment