Assalamualaikum , salam sejahtera dearies ~~
Minggu ni nak memulakan kerja- kerja yang terbengkalai. kerja apa tu? mestilah kerja- kerja mengait (crocheting dalam bahasa melayunya bermaksud mengait jarum 1) .. haa, crocheting.
Crocheting
crocheting ni sebenarnya tidaklah sesukar mana mempelajarinya. Insha Allah, kalau berbekalkan kerajinan dan minat, pasti boleh. Alaa, takda bakatlah , susah! eh.. tidak, bukan tiada bakal, awak awak berbakat sebenarnya cuma perlukan latihan sedikit, kemahuan sedikit, kerajinan sedikit,..haa jadi banyaklah ilmu awak awak awak dapat. hehe. tak minat, tapi suka tengok barang kait,. tak jadi masalah jika tak berminat, kakya faham tidak semua minat kita mesti sama kan? suka? yeayyy.. kalau suka ni yang buat kakya semangat nak mengait untuk korang. hehe. ok, malam neh, kakya nak share sikit antara kerja awal mengait kakya. berminat gitau ja ya..hehehe. jom jamu mata...
Haa.. Gambar ataih tu, antara barang baby yang awal- awal kakya kait, sekarang dah jadi milik orang semua. hehe.. kalau tak silap dari 2014 . hehe. sangat seronok mengait barang baby. bila dah siap macam satu kepuasan dan buat kakya ter excited pulak. hahaha. perasankan?
Dan.. dan, kakya tak mengait barang baby ja, kakya kait macam- macam jenis barang. dari barang baby sampai ke perhiasan rumah pon. Beanie dewasa, lapik meja, bunga- bunga, alas tv, anak patung jugak . jom cuci mata lagi ..
Ok, kakya belanja pula gambar doily..
Nilah antaranya ya. lain- lain kakya x ambik gambar pon. Doily neh lagi cantik kalau buat dari benang yang halus. tapi memakan masa yang agak panjang sedikit dari guna benang besar. cuma perlukan kesabaran sedikit, mesti siaplah. hehehe. Tapi sejujurnya kakya memang agak lambat menyiapkan satu doily nih.kalau guna benang halus. hee. Tapi zaman mak kakya dedulu, nehlah benang mereka untuk dikaitkan. dengan malam harinya, berteman cahaya lampu minyak tanah, menyiapkan doily neh satu satu, hingga ada yang boleh hasilkan selimut, cadar , sarung bantal. sebesar-sebesar begitu dengan benang yang halus tapi hasilnya serius lawa.. Ada juga yang hasilkan kelambu pon. kreatif dan sangat rajin kan?
Zaman sekarang, mungkin teknologi makin berkembang dan macam- macam hiburan jadi hobi seperti mengait makin ditinggalkan. Dan bagi yang masih berminat untuk meneruskan hobi 'orang lama' ini, makin mudah kerana adanya teknologi yang canggih, kita tidak perlu bersusah payah untuk pergi berguru sejauhnya. dengan adanya tutorial di talian. jadinya sangat mudah. Kakya pon salah seorang yang berguru dengan tutorial dari seoarnag crocheter juga knitter dari UK. kakya tiada guru secara 'life' kerana kakya tak faham cara orang dulu belajar mengait (mak) . Kakya mula mengait tali air, kecik besar hinggalah mengait satu helai macam shawl dengan cara yang salah. kaitan yang salah, hinggalah kakya jumpa tutorial beliau. sampai sekarang kakya masih rujuk tutorial beliau . hampir semua pattern kait yang kakya kait adalah dari pattern beliau.Bila ilmu semakin berkembang, kakya buka untuk ambik tempahan (pre-order) buat barang kait. Kakya minta izin dengan beliau, jual hasil kait dari pattern beliau. Tak sangka, beliau bukan yang sangat berkira, mengatakan, yes,. baiknya beliau. Tidak hairanlah, kalau beliau punya banyak follower . iloveyou,laura ~~
Tutorial? ya, kakya pernah buat satu tutorial namun amat kurang sambutannya. mungkin, ramai yang di luar sana tidak punya masa untuk berhobi mengait. sekarang perempuan pun bekerja jadi memang ramai yang tidak punya masa untuk belajar. kakya faham sebab kakya pun dulu, mak marahmarah sebab kakya taknak belajar mengait, sedangkan masatu kakya masih belajar, asrama pulak tu, mana sempat nak belajar kan? balik rumah pun sekali sekala. heh.. hihihi. kakya adalah juga berangan kalau ada sekumpulan yang nak belajar basic mengait nih, kakya boleh je ajarkan.hehehe.berangan je keja.. hehehe.
next entri, kakya nak ceta pasal kait lagi.. takpun pasal jahitan. nak tak?hihihi. oklah, dah pagi nih..kakya nak tutup bebelan kakya dengan maaf andainya bebelan kakya kurang senang untuk dibaca tapi teruskankan membaca ya. hihihi. kakyaloveyou~~
selamat malam dearies~~~
No comments:
Post a Comment