Assalamualaikum , salam sejahtera ~~
Bertemu selepas beberapa minit berpisah. gituu.. hehehe. Entri kedua untuk malam nih, pasal strawberi . ok.. strawberi sesetengah kita, ramai inginkan menjaganya seperti bunga - bunga dilaman masing- masing. Ramai juga beranggapan strawberi nih susah dijaga. Sebenarnya strawberi ada jenisnya tertentu. haa, baca kat bawah.
Haa.. tu strawberi pertama kak ya. Nama dia Mak stobewi . pokok nih yang pertama dan dialah yang berbuah pertama kali tuh. nampak manis jaa buahnya tu..(tapi masam..hahaha) . Sepanjang membela mak stobewi nih, dia bersulur dulu, baru berbuah. dalam entri lain kak ya cerita pula tentang sulur baru dan cara pangkasnya. secara jujurnya strawberi tidak sukar dijaga tetapi kena ikut step by step dalam menjaganya. strawberi bukan tanaman cerewet. ramai yang tanya ,
1. Strawberi ni boleh hidup ke kat tanah tak sejuk?
Boleh je,. Sebenarnya strawberi ada jenis-jenisnya , yang tanah tinggi seperti Kundasang atau Cameron Highland . Ada pula jenis yang boleh di tanam di tanah rendah seperti kat rumah,iaitu kawasan yang pagi hingga tengahhari kena cahaya dan petang pula redup.
2. Kena Siram hari- hari,susah nak jaga, tanam guna tanah ke? air ke?
Tidak perlu siram hari- hari sekiranya tanah campuran yang kita guna untuk tanam tu lembap. Tapi di negara kita kebanyakan yang mengusahakan tanaman kesukaan ramai ini dengan cara fertigasi.
3. Bila berbuah? kenapa strawberi saya tak berbunga? Kenapa Saiz buah strawberi sya kecik? Tipu betullah!
Tidak, bukan si penjual menipu anda semata- mata tapi strawberi ni tanaman yang istimewa. strawberi berbuah bilamana pokok matang, 3-4 bulan. pada bulan ke 4 tidak pula mesti berbuah. bergantung pada suhu, jenis penanaman, & penjagaan. Saiz buah pula memang berbeza jika dibandingkan dengan tanaman kormesil/ besaran kerana kebanyakkan mengusaha dengan kaedah fertigasi contohnya tanaman strawberi di cameron highland. Ini KENA SABAR.
4. Pesanan?
Apa- apa tanaman sekalipun, kena rajin membaca ya. saya juga tengah try& error juga. stiap tanaman tak kira sayuran, bunga-bungaan atau buah-buahan, jangan lupa sesekali bersembanglah ye.. (ini gurau jee..)
Jadi, mari kita sama-sama belajar dan berkongsi ilmu , juga sama- sama berhobi. cita-cita? kak ya nak buat satu taman kecil strawberi, supaya orang-orang lain boleh melihat, bertukar pandangan dan merasa strawberi sendiri sebab dikalangan kita mungkin tidak semua mampu ke tempat tanaman strawberi yang secara kormesil. hihi. eh, rasa macam karang untuk majalah pula. ye tak?
No comments:
Post a Comment