Entri petang nih seperti yang kakya janjikan semalam, nak kongsi cara pangkas anak- anak kecil yang comel pilihan ramai.. anak (sulur baru ) strawberi .. yeayyy. syukur, hari nih ada panas taklah mendung macam semalam. mendung pun syukur jugak kan? senang nak lakukan aktiviti outdoor. panas pulak bolehla kita berjemuran.. eh..eh.. jangan jemur diri sendiri, nanti terbakorrr pulak. Jemur selimut, cadar, bantal tilam yang musyukk tuu.. ikan masin , bilahan pandan bagi kering. baru sedap bau bantal-bantal dengan ikan kering tu.. sedapnya ikan kering goreng makan dengan nasi putih , sayur keladi berkuahkan isi ikan kembonggg .
ok ok .. berbalik dengan apa yang kak ya janjikan tentang pangkas anak strawberi . Apa itu sulur? Sulur adalaha anak strawberi yang baru. strawberi ni macam keladi atau pegaga . Apa itu pangkas? haa, ini saya nak cerita . pangkas ni, kira seperti proses membesarkan anak baru strawberi, dari sulur hingga proses 'cerai' dari ibu pokok . tengok kat bawah ye lovelies ~
sulur baru/ anak pokok baru
haa kat gambar atas tu laa sulur baru atau anak pokok baru. Ini yang akan kita pangkas .
anak pokok baru yang siap dipangkas.
Bila anak pokok siap dipangkas, pada kak ya, biarkan dulu sehingga 2 minggu, barulah ceraikan dari ibu pokok. Ini kerana , akar si anak pokok sudah banyak dan 'berdikari' sendiri tanpa ibu pokok lagi. Kak ya tidak galakkan menceraikan anak pokok yang dipangkas terlalu sekejap. walaupun sudah dipangkas, anak pokok masih memerlukan nutrien dari ibu pokok dan kemungkanan akar belum bercambah banyak.
anak pokok yang telah diceraikan dari ibu pokok . semoga membesar dengan gemilang ya..hahaha
tada... pokok yang telah matang sudah berbunga.
Pokok strawberi tidak sukar ditanam mahupon dijaga. ianya bukan tanaman yang cerewet tetapi harus rajin mengikuti langkah-langkah penjagaandan pangkas yang betul.
Setiap individu, mungkin berbeza jadual penjagaannya. Tapi tanaman strawberi ni tak pernah lagi menghapakan kak ya, ianya bercambah, dari satu anak pokok, ke berpuluh anak pokok, berbunga dan berbuah. kak ya tak jangka ianya berbuah walaupun saiz buahnya kecil berbanding saiz strawberi yang diimport mahupon strawberi di cameron. Ingat, medium, penjagaan, suhu semua itu mempengaruhi hasil tau. Jangan pulak merajuk kalau strawberi belum berbunga lagi.. menangis strawberi tu nanti..hihihi.
adoii.. panjang pulak syarahan arineh.. harap dearies dapat sedikit info di sini. Hobi bertanam nih tak pernah mengecewakan. malah boleh keluarkan peluh tau. haaa, kalau malas bersenam silakan membajak sawahlah ye..hahaa. next entri kak ya nak sembang pasal lain pulak. takkan strawberi saja kan? boring nanti..
PENAFIAN : Penjagaan tanaman mungkin berbeza.
No comments:
Post a Comment