Assalamualaikum, hewoo diearies ~~
Alhamdulillah, sempat lagi menyambung kerja-kerja tangan semalam, dengan cuaca yang dingin lepas hujan petang tadi. sekali lagi kerja-kerja menyiram tak payah dilakukan kakya seperti selalu. Panas minggu lepas, sangatlah terasa bahangnya sampaikan terpaksa siram kerap tanaman
Jom tengok sambungan kerjatangan yang kakya buat .
Tadaa..kakya nak buat pokok stoberi dalam saiz yang kecik. Ini projek kakya yang kedua sebenarnya. projek pertama kakya hold dulu sebab tiba-tiba macam tak cukup bahan . Idea sebenarnya banyak tapi tangan ada sepasang ja. Tapi syukur sangat sebab dengan tangan yang sepasang yang Allah pinjamkan neh, kakya dianugerakan kerajinan yang boleh mendatang sumber rezeki. Walau tak seberapa tapi kakya happy dengan kerja-kerja tangan kakya. Tapi kadang tu kakya malas jugak. sampai kakya tak buat apa pon.hihihi malas kan? hehehe. (kena rajin..rajin..rajin)
Macam yang kakya katakan, mengait nih salah satu sumber rezeki kakya dari 2014. bermula dengan barang baby hinggalah mengait macam-macam barang ikut kehendak customer kakya yang baik dan memahami sangat sangat. Sejujurnya kakya sangat risau bila customer sudah buat bayaran penuh, kakya tak mampu siapkan seperti tempoh yang dijanjikan, tapi setakat ini, customer kakya xpernah ragu-ragu dan sangat faham akan kerja tangan ini bukanlah secepat keluaran mesin. hehe. Terima kasih sangat-sangat cust ksayangan kakya. muahhh... alhamdulillah~
Mengait jugak buat kakya rasa happy selalu bila setiap kaitan yang terhasil, nampak usaha kita di situ. ya, semua kerja pon begitu tapi dengan mengait neh, dapatlah melatih diri dan sikap kakya yang kadang tak sabar ,. bila mengait, kakya rasa berdikari jugak. berdikari? ya, tak semua pattern yang kita cari tu jumpa, ianya perlu usaha. yeahh, USAHA.
Mula-mula dulu, kakya sangat bergantung 100% pada pattern dan diagram crocheter serta otai-otai crocheter dari pelbagai bahasa yang kakya sendiri tak faham langsung walau satu ayat.hihi. tapi kakya try sungguh-sungguh translate guna google dan berpandukan gambar, alhamdulillah, Allah salu tolong hambanya yang ikhlas menimba ilmu. Jangan berhenti belajar tau.. hehe. Tak kan rugi satu pon. Kakya tak berani derhaka dengan diagram mahupon tutorial, ikut satu persatu dengan penuh minat, dan sekarang alhamdulillah, Kakya mampu buat pattern sendiri tanpa berpandukan diagram atau pattern oranglain 100% . Tipulah kalau kakya kalau tak tengok-tengok sikit kan? hhihi. Kakya suka tengok macam-macam pattern di PINTEREST. kat sana boleh nak lihat apa yang kita suka. Macam-macam hadooo.. hihi
Tak ada usaha, maka takkan ada hasilnya,dearies . Next entri kakya nak bebel pasal lain lak ya... pasal masak? jahitan? tunggu tau. Oklah, kakya nak berundur nak bagi laluan kat mulut nak mengunyah kacang gorengg..nyumnyum.. Ingat ya dearies, jangan berhenti belajar, buat apa yang kita gemar dengan penuh minat.. baru hasil gempak, kata orang muda-muda.. hehehe. oklah,, bye, meloveyou lah!..
No comments:
Post a Comment